Friday, March 6, 2009

BENDA BAIK NAK KONGSI

huhuhu lepas solat Jumaat tadi i terus berkejar ke Desa Pandan.....konon-konon untuk mengutip hasil keuntungan daripada mencipta blog......i rase may be antara uols semua tau dan sudah pun mengenali satu program buat duit melalui blog......and kalau sape2 yg blom lagi mencuba boleh la try kalau2 nak tambah income...i buat pun suke2 je...nak buat cover untuk bayar bil elektrik ngan broadband je...tp x sangka plak pendapatan yang dapat melebihi dari jangkaan. kat bawah ni i attach la sikit2 statement yg leh i show kat uols semua......

ni antara account statement yg leh i tunjuk pada uolz dalam jangkamasa mula join 16hh FEB 2009 hingga 06 MARCH 2009:-


so ni i nyer current account statement..........


ni i nyer yearly overall statement.....i join 16hb feb sampai 6hb march..ini yg i dapat..ok x?

so kalau u all nak tau lebih lanjut.....tgk la flyers ni ok....uols semua pun tau kan kelebihan blog....dalam kite berkarya...kita selitkan punca income kite....menarik tak?



sorry pic i x clear...tp flyers ni uols leh klik pic tu dan dia akan besar

Thursday, March 5, 2009

JUMAAT YANG BAROKAH!

Alhamdulillah....akhirnya sampai bertemu jugak pada hari penghulu segala hari......amacam ngan hari hari yg berlalu uolz? semuanya di isi dengan perkara-perkara yang berfaedah ataw pun sekadar pengisian yang kosong.....cewahh i berceramah la pulookk......

Bukan ape, i nak cerita la sikitkan....si Mir tu pepagi buta dah msg i yg dia dh update blog dia.....siap nak tunjuk dapat kura2 dari ehem..ehem....saper tu mir? i kenal ke? hahaha scandal? hehehehee gurau je.....walau apepun...kiut miut la upin ngan ipin ko tuh....lepas ni ape lak yg ko nak bela kat opis ko tuh? jangan lepas ni tetiba dataran T***** tuh riuh rendah sbb ada harimau ke ular sawa terlepas sudeeehh.........harus kecoh kat situ........

oklah...sbb ari ni kan ari jumaat...so i nak share somethin la untuk pengisian kita semua bersama......untuk artikel pertama dan sulung i ni biar la nampak muslimah sikit yer.....harap berguna la....hayati la yer kengkawan.....

RENUNGAN JUMAAT

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun
datang kepada orang dengan nama tersebut lalumendampinginya sehingga saat
kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak
kehadiran malaikat maut tersebut dan akansering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi dibahagian belakang badan.

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucaplah dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat MencabutNyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat surga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. KemudianAllah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit
sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya
hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

i. Orang-orang yang mati syahid.
ii. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
iii. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.Wassallam.

Wednesday, March 4, 2009

SALAM PERKENALAN

haha...mesti si Mir tu tau kan pic ni kat mana

Salam....hai guys, selama ni i tengok dan view je blog kawan i si Mir ( Amirul Syafique) tu kan...so skrg ni dah sampai masanye untuk i plak mencoretkan sendiri ruangan dan nukilan dari i plak...so sebagai orang baru dalam merencanakan blog baru ni....salah dan silap harap dapat dimaafkan......

so sebagai langkah pertama untuk memulakan sesi blog ni...eloklah rasanya i introduce kan serba sedikit mengenai i dan tujuan blog ini diolah. Detail2 mengenai diri i dah pun state kat dalam ruangan about me, so rasanya x perlu la nak ulang lagi sekali kat sini...then tujuan asal i join blog ni untuk menambah kenalan dan as a social training improvement....hehehehe..........

maksudnya perkenalan yang boleh membawa kepada perkongsian maklumat dan juga benda2 yang menarik la.......hopefully boleh la setanding dan seiring dengan blogger2 yang lain.........ok tak mir? eheheh jangan mare......k lah....dah tak tau ape yg nak di ngomelkan....sampai kat sini dulu introduction i .....sekian.....nantikan kemunculan isu-isu hangat dan juge cerita-cerita dari i.....till next time....daaaaaa........